Di Malaysia, sekitar 30.8% rakyat alami sakit lutut. Walaupun nampak sikit, ramai juga orang muda bawah 40 tahun dah mula rasa sakit lutut.
Antara cara cepat yang ramai orang guna untuk legakan sakit lutut ialah makan ubat tahan sakit. Tapi kalau diambil berlebihan, boleh bahayakan nyawa!
Sebenarnya, banyak cara yang dapat bantu legakan kesakitan tanpa ubat-ubatan.
1. Tuam Sejuk (Ice Pack) – 15 Minit
Letak ais di kawasan lutut yang bengkak atau berdenyut dapat bantu kurangkan keradangan dan rasa sakit. Tuaman sejuk ini memperlahankan aliran darah buat sementara, lalu mengurangkan rasa ngilu dan tekanan pada sendi. Cukup tuam selama 10-15 minit, 2-3 kali sehari, terutama selepas aktiviti berat.
2. Pakai Kasut Bertapak Lembut & Sokongan Baik
Ramai tak sedar bahawa kasut memainkan peranan besar. Kasut yang sesuai dapat menyerap hentakan setiap kali melangkah, sekaligus mengurangkan tekanan yang naik ke sendi. Elakkan kasut yang terlalu rata atau bertumit tinggi.
3. Letak Bantal Kecil Bawah Lutut Masa Tidur Dapat Legakan Sakit Lutut
Cara ini nampak mudah, tapi sangat berkesan. Dengan menyokong kaki menggunakan bantal kecil, posisi badan jadi lebih stabil dan selesa semasa tidur. Ini bantu kurangkan tekanan pada sendi serta meluruskan tulang belakang bawah. Bangun pagi pun rasa lebih lega, tak ada rasa kejang atau tegang di bahagian pinggang dan lutut.
4. Jangan Duduk Terlalu Lama
Duduk terlalu lama boleh buat otot dan sendi jadi kaku. Bila pergerakan terhad, sendi akan cepat rasa tegang dan mula berasa tidak selesa. Cuba bangun dan regangkan badan setiap 30-60 minit. Ini bantu peredaran darah lancar dan aktifkan otot, sekaligus mengurangkan risiko sakit berpanjangan.
5. Rawatan Fisioterapi Boleh Legakan Sakit Lutut
Fisioterapi bantu legakan sakit lutut dengan rawatan manual, senaman khas dan panduan postur yang betul. Ia kuatkan otot, kurangkan beban pada sendi dan elak masalah jadi makin teruk. Rawatan berterusan boleh beri kelegaan jangka panjang.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak




