fbpx Skip to main content

Brisk walk ni antara senaman yang paling terkenal dalam kalangan kita kerana ia tak perlukan skill, semua orang boleh buat. Banyak manfaat yang akan dapat jika lakukakn secara konsisten.

Walaupun senaman ni nampak mudah, sebenarnya ramai yang melakukannya dengan teknik yang salah. Bila dah salah, risau masalah lain pula akan datang.

Jom Ikuti 6 Cara Brisk Walk Yang Betul & Selamat Di Bawah

1. Mulakan Dengan Warm Up 5–10 Minit Sebelum Brisk Walk

Warm up sebelum brisk walkMulakan warm up dengan perlahan dulu supaya otot dan sendi dapat aliran darah yang cukup dan otot jadi lebih anjal semasa bergerak laju nanti. Jika lakukan tanpa warm up, otot akan jadi terkejut dan akan mudah berlaku kecederaan terutamanya bila bergerak dengan laju atau kuat secara tiba-tiba.

2. Pastikan Tumit Jejak Tanah Dulu

pastikan kaki jejak tanah semasa brisk walkTeknik jalan yang betul ialah mendarat dengan tumit terlebih dahulu, diikuti oleh tapak dan akhirnya jari kaki. Cara ni bantu pergerakan jadi lebih semula jadi dan membolehkan berat badan diserap secara berperingkat. Bila tumit jejak dulu, boleh menyebabkan badan rasa terhentak, dan lama-kelamaan meningkatkan risiko sakit sendi atau kecederaan.

3. Lengan Ayun Secara Semula Jadi Semasa Brisk Walk

jaga postur tegak dan pandang kehadapan semasa brisk walkAyunkan lengan secara semula jadi, ikut rentak langkah bila kaki kiri ke depan, lengan kanan ikut ke depan, dan sebaliknya. Melalui cara ini, badan tidak akan rasa berat sebelah atau mudah hilang imbangan. Bila lengan bergerak, kita dapat kekalkan rentak brisk walk dengan selesa. Selain tu, ayunan lengan juga bantu kurangkan ketegangan otot bahu dan pinggang, terutama kalau berjalan lama.

4. Jaga Postur & Pandang Ke Hadapan

Jangan biarkan bahu dalam keadaan membongkok. Tegakkan kepala dapat bantu elak sakit-sakit leher dan belakang. Bukan itu je, ia dapat bantu tulang belakang sentiasa dalam keadaan lurus secara semulajadi supaya pernafasan sentiasa lancar semasa melakukan brisk walk tanpa semput.

5. Langkah Sederhana, Bukan Terlompat-Lompat

Semasa brisk walk, anda perlu berjalan lebih laju daripada jalan biasa, tapi jangan sampai terlalu laju sehingga terasa semput. 100 – 120 langkah seminit sudah dikira sebagai rentak yang cukup. Kalau masih boleh bercakap sikit-sikit sambil brisk walk, itu maksudnya rentak anda sesuai. Tapi, jika dah terasa mengah sampai tak boleh bercakap, maksudnya anda jalan terlalu laju.

6. Cool Down Lepas Habis

Bila melakukan brisk walk, jantung akan bekerja untuk pam darah ke seluruh badan. Jika terus berhenti, kemungkinan anda akan alami rasa pening kepala, muntah atau pengsan. Antara cara untuk cool down ialah jalan perlahan selama 3- 5 minit supaya degupan jantung turun berlahan-lahan.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak