fbpx Skip to main content

Fisioterapi bukan hanya untuk orang yang dah tak boleh berjalan, tapi juga penting untuk mencegah dan merawat masalah pergerakan, otot, sendi, dan saraf sebelum ia jadi lebih serius.

Ada juga yang suka tahan sakit sebab fikir nanti baik sendiri, tapi bila dibiarkan, masalah kecil tu boleh jadi kronik dan proses pemulihan pun akan ambil masa lebih lama.

Jom saya tunjuk tanda-tanda anda perlu dapatkan rawatan fisioterapi segera!

1. Sakit Lebih 2 Minggu, Itu Tanda Perlu Jumpa Terapis

Sakit Lebih 2 Minggu, Itu Tanda Perlu Jumpa TerapisKalau sakit masih tak hilang walaupun dah cuba bermacam cara, tapi tetap tak baik, itu biasanya sebab punca sebenar sakit tu tak pernah dirawat. Ramai cuba hilangkan rasa sakit, tapi bukan punca sakit tu sendiri. Di sinilah fisioterapi bantu kenal pasti akar masalah.

2. Kebas Atau Lemah Anggota Badan Waktu Paling Tepat Jumpa Terapis

Kebas Atau Lemah Anggota Badan Waktu Palin Tepat Jumpa TerapisKalau dah mula rasa kebas atau lemah pada anggota badan, itu tanda sistem saraf atau otot dah mula terjejas. Kalau dibiarkan terlalu lama, kerosakan saraf boleh jadi kekal dan sukar dipulihkan sepenuhnya.

3. Susah Bergerak Atau Sendi Jadi Ketat

Kalau susah nak gerakkan sendi atau rasa ketat, itu tanda awal yang tak patut diabaikan. Kalau dibiarkan, tisu akan makin tegang dan pergerakan jadi makin terhad sampai boleh ganggu kerja harian.

4. Selepas Cedera Atau Pembedahan, Wajib Jumpa Terapis

Selepas Cedera Atau Pembedahan, Wajib Jumpa Terapis

Lepas cedera atau pembedahan, badan memang perlukan masa untuk pulih. Tapi kalau tak dibantu dengan fisioterapi, proses penyembuhan boleh jadi lambat dan pergerakan susah nak kembali normal. Dengan bantuan terapis, otot dan sendi akan dilatih semula supaya kuat, stabil, dan yakin untuk bergerak tanpa rasa sakit.

5. Sakit Berulang Kali

Kalau sakit datang berulang kali, itu tanda badan belum pulih sepenuhnya sebab punca sebenar tak dirawat dengan betul. Fisioterapis boleh bantu kenal pasti punca utama dan kuatkan semula otot supaya sakit tu tak datang balik.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak