Persiapan fizikal sebelum Ramadan tu sangat penting. Bukan nak kuat untuk bersukan je, tapi supaya badan tak cepat lenguh atau kebas kaki semasa solat, dan boleh beribadah dengan selesa serta khusyuk.
Tarawih sebulan je setahun. Lagi beberapa hari je lagi, Ramadan dah nak tiba. Jom siapkan badan supaya ibadah lebih selesa!
Tips Untuk Elak Lenguh / Kebas Kaki Semasa Terawih
1. Kurangkan Makanan Manis Masa Berbuka
Mengambil makanan manis secara berlebihan semasa berbuka memberikan tenaga dengan cepat, tetapi tenaga tersebut juga cepat habis. Apabila tiba waktu solat Tarawih, otot kaki mudah merasa letih kerana tenaga sudah berkurangan.
2. Minum Air Secukupnya Untuk Elak Kebas Dan Lenguh Kaki
Air sebenarnya banyak fungsi kepada badan kita. Bila badan mempunyai air yang cukup, darah akan mudah mengalir. Otot dan sendi juga mudah untuk bergerak.
3. Jangan Duduk Terlalu Lama Lepas Berbuka
Bila kita makan, badan perlukan tenaga untuk proses makanan. Jadi, aliran darah lebih banyak ke perut dan saluran pencernaan, sementara darah di kaki bergerak lebih perlahan. Cukup jalan 5–10 minit sahaja untuk lancarkan darah dan elak kaki lenguh atau kebas.
4. Elakkan Makan Terlalu Banyak Untuk Elak Kebas Dan Lenguh Kaki
Kalau perut tak terlalu penuh, badan akan rasa cergas dan ringan. Darah dan oksigen dapat sampai ke kaki dan otot dengan baik, jadi kaki kurang rasa kebas. Tenaga pun cukup untuk menunaikan solat Tarawih dengan selesa dan khusyuk.
5. Kawal Minuman Berkafein / Bergas Untuk Elak Kebas Dan Lenguh Kaki
Minum terlalu banyak kopi dan minuman bergas boleh menyebabkan buang air kecil yang banyak dan dehidrasi. Berbeza dengan air putih. Walaupun buang air kecil yang banyak selepas minum air putih, ia tak buat badan dehidrasi.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak



