fbpx Skip to main content

Otot sebenarnya tak perlu beban berat pun untuk jadi tegang, kadang-kadang rutin biasa pun sudah cukup buat ia mula rasa ketat.

Tanpa kita sedar, ada sesuatu dalam cara kita guna badan setiap hari yang membuatkan otot mula “mengeras” perlahan-lahan.

Sebab itu, walaupun aktiviti nampak ringan, badan tetap beri tanda melalui rasa tegang.

5 Sebab Otot Tegang Walaupun Tak Angkat Berat

1. Stress & Ketegangan Mental Punca Otot Tegang

Bila kita tertekan walaupun tak angkat apa-apa, badan automatik aktifkan “mode berjaga”. Dalam mode ni, otak hantar signal pada otot supaya ketatkan diri, seolah-olah badan perlu bersedia untuk berlari atau berlawan. Sebab itu, otot pun ikut tegang, walaupun fizikal tak buat kerja berat pun.

2. Postur Buruk Semasa Duduk Boleh Tegangkan Otot

Postur Buruk Semasa Duduk Boleh Tegangkan OtotPostur buruk semasa duduk atau berdiri membuatkan badan berada dalam posisi yang tidak seimbang. Bila keadaan ini berulang, otot akan cepat letih dan mula bekerja lebih daripada yang sepatutnya. Dari situlah muncul rasa lenguh.

3. Kurang Aktiviti Fizikal Penyebab Ketegangan Otot

Kurang Aktiviti Fizikal Penyebab Ketegangan OtotBila kita tak banyak bergerak, aliran darah ke otot jadi perlahan. Oksigen dan nutrien yang sepatutnya “segar” kan otot pun berkurang. Akibatnya, serat otot jadi kaku, ketat dan kurang fleksibel.

4. Dehidrasi Dan Pemakanan Tak Seimbang

Dehidrasi & pemakanan tak seimbang boleh buat otot senang kejang sebab otot perlukan air dan nutrien untuk berfungsi dengan normal. Bila air dan nutrisi tak cukup, otot hilang ‘tenaga’ untuk bekerja dengan lancar, itu yang buat ia cepat cramp.

5. Overuse Minor Boleh Ketegangan Otot

Overuse Minor Boleh Ketegangan OtotWalaupun aktiviti tu nampak ringan, bila kita ulang benda sama berkali-kali, otot tetap bekerja tanpa henti. Ayat mudahnya, gerakan kecil yang berulang pun boleh buat otot overuse, sebab otot tak sempat “reset” atau berehat.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak