Rawatan Fisioterapi Guna Panel Kesihatan di Flex Physiotherapy
Flex Physiotherapy menyediakan rawatan fisioterapi guna panel kesihatan bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan tanpa bayaran tunai (tertakluk kepada kelayakan panel).
Panel Kesihatan Yang Diterima di Flex Physiotherapy
Flex Physiotherapy menerima pelbagai panel kesihatan yang diiktiraf, antaranya:
-
PMCare
- Perkeso
-
HealthMetrics
-
HealthConnect
-
Mediexpress
-
MedKad
- E-mas
-
Mednefits



Penggunaan panel adalah tertakluk kepada polisi, terma dan had manfaat panel masing-masing.
Jenis Rawatan Fisioterapi Yang Layak Guna Panel Kesihatan
Rawatan fisioterapi menggunakan panel kesihatan di Flex Physiotherapy sesuai untuk pelbagai masalah kesihatan berikut:
- Rawatan Sakit Otot dan Sendi
Merangkumi sakit belakang, leher, lutut, bahu serta masalah pergerakan harian.
- Rawatan Masalah Saraf dan Slip Disc
Membantu mengurangkan simptom seperti kebas, mencucuk, sakit menjalar dankelemahan otot akibat saraf terhimpit.

- Pemulihan Selepas Strok
Program fisioterapi berfokus untuk membantu pesakit strok mendapatkan semula fungsi pergerakan dan kualiti hidup.

- Rawatan Fisioterapi Warga Emas
Fokus kepada keseimbangan, kekuatan otot dan pencegahan risiko jatuh.

Cara Mohon Rawatan Fisioterapi Guna Panel Kesihatan
Proses permohonan rawatan fisioterapi menggunakan panel kesihatan adalah mudah dan sistematik.
- Semak Kelayakan Panel
Pesakit boleh menghubungi admin cawangan dan memberi nombor kad pengenalan untuk pihak kami semak kelayakan rawatan fisioterapi. - Dapatkan Kelulusan Panel (GL / Approval)
Jika pesakit layak, pihak kami akan request kepada panel kesihatan untuk mereka mengeluarkan surat jaminan (Kelulusan rawatan berdasarkan polisi dan manfaat yang diberikan) - Buat Temujanji di Flex Physiotherapy
Sekiranya GL diluluskan, admin Flex Physiotherapy akan menghubungi pesakit untuk setkan tarikh temujanji rawatan - Hadir Sesi Rawatan
Pesakit boleh hadir pada tarikh yang ditetapkan dan dapatkan rawatan fisioterapi tanpa bayaran tunai, tertakluk kepada syarat panel.
Rawatan Fisioterapi Panel di Semua Cawangan Flex Physiotherapy
Perkhidmatan rawatan fisioterapi menggunakan panel kesihatan boleh didapati di semua cawangan:
Flex Physiotherapy Kelantan

Flex Physiotherapy Terengganu

Flex Physiotherapy Kuantan

Hubungi Flex Physiotherapy Untuk Semakan Panel
Untuk semakan kelayakan panel kesihatan, bantuan permohonan atau maklumat lanjut mengenai rawatan fisioterapi menggunakan panel, sila hubungi cawangan Flex Physiotherapy berhampiran anda.
Cawangan Kelantan : Klik sini
Cawangan Terengganu : Klik sini
Cawangan Pahang : Klik sini




