Ramai yang kerja pejabat hari-hari duduk di depan komputer dari pagi sampai petang. Nampak macam tak berat, tapi hakikatnya duduk terlalu lama boleh jadi punca utama sakit belakang. Tanpa kita sedar, postur badan mula berubah, otot jadi tegang, dan lama-lama boleh ganggu aktiviti harian.
Kalau anda salah seorang yang ‘terperap’ atas kerusi 8 jam sehari, sini kami kongsikan cara mudah untuk lindungi belakang anda daripada sakit yang berpanjangan.

Bekerja duduk 8 jam sehari, walaupun tanpa banyak aktiviti berat, tetap boleh menyebabkan sakit belakang.
Jom amalkan 5 cara mudah ini:
1. Pilih Kerusi Yang Betul
Pilih kerusi yang dapat memberikan sokongan pada tulang belakang kerana bila duduk terlalu lama otot belakang terpaksa bekerja kerasuntuk sokong tulang belakang.
2. Tinggi Meja Yang Sesuai
Paras meja dan tangan perlu selari supaya bahu dapat rehat dalam posisi semula jadi tanpa perlu diangkat atau tunduk. Bila siku selari dengan permukaan meja, postur badan lebih tegak, tekanan pada belakang dan leher pun berkurang.
3. Postur Duduk Yang Betul Dapat Elak Sakit Belakang
Tulang punggung perlu dirapatkan ke belakang kerusi untuk bantu sokong tulang belakang dalam posisi semula jadi. elak duduk membongkok atau duduk melengkung ke depan, yang boleh beri tekanan berlebihan pada bahagian pinggang.
4. Selaraskan Kedudukan Kaki Boleh Hindari Sakit Belakang
Selaraskan kaki supaya tak melintang atau tergantung untuk kekalkan postur badan yang seimbang. Bila kaki jejak lantai sepenuhnya, tekanan dapat diagih sekata dan tulang belakang lebih stabil. Kalau kaki tergantung atau bersilang terlalu lama, ia boleh tarik posisi pinggul dan menyebabkan sakit belakang.
5. Elakkan Duduk Terlalu Lama
Elak duduk terlalu lama kerana posisi duduk yang statik beri tekanan berterusan pada tulang belakang dan otot. Dengan berdiri atau berjalan setiap 30 minit, aliran darah jadi lebih lancar dan otot boleh kembali aktif, dan postur badan dapat diperbetulkan.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak