fbpx Skip to main content

Sakit pinggang ni bukan orang kerja berat sahaja yang kena, duduk lama depan komputer pun boleh jadi. Kadang-kadang bangun tidur pun dah rasa pinggang ketat.

Sebenarnya, banyak puncanya datang daripada habit harian kita sendiri. Tapi ada juga beberapa tabiat kecil yang boleh kita amalkan untuk elak risiko sakit pinggang datang menyerang.

Jom saya kongsikan 5 tabiat kecil yang boleh bantu elak sakit pinggang:

1. Duduk Cara Betul Boleh Cegah Sakit Pinggang

Duduk cara betul boleh cegah sakit pinggangDuduk dengan cara yang salah seperti bongkok dan kaki tergantung boleh menyebabkan tulang belakang cepat penat. Cara yang betul ialah menyandar belakang pada kerusi dan pastikan kaki pijak rata di atas lantai. Postur duduk yang baik membantu tulang belakang kekal sihat dan badan lebih selesa walaupun duduk lama.

2. Jangan Malas Bangun

Kalau kerja menghadap komputer atau duduk lama, cuba bangun regang badan setiap 30–60 minit. Regangan sekejap je dah cukup nak longgarkan otot.

3. Angkat Barang Dengan Teknik Betul

Angkat barang dengan betul untuk elak risiko sakit pinggangKalau angkat barang dengan cara bongkok terus dan paksa pinggang, mudah sangat cedera. Sebaliknya, bengkokkan lutut dan rapatkan barang ke badan. Teknik ni bantu kurangkan risiko tersalah urat atau sakit pinggang mengejut.

4. Tidur Dengan Sokongan Boleh Elak Sakit Pinggang

Posisi tidur juga penting untuk jaga badan. Kalau tidur mengiring, letakkan bantal kecil di antara lutut supaya tulang belakang lebih selari. Kalau tidur terlentang, letakkan bantal nipis bawah lutut untuk kurangkan tekanan pada pinggang. Dengan cara ni, badan lebih relaks dan pinggang tak rasa tegang bila bangun.

5. Kuatkan Otot Core

Untuk kuatkan otot core, buat senaman simple macam plank atau bridging. Senaman ni membantu tulang belakang jadi lebih stabil, dan tak perlu ambil masa lama pun (5 hingga 10 minit sehari) pun sudah cukup.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak