fbpx Skip to main content

Wanita hamil yang mengadu sakit pinggang bukan sekadar merungut, tetapi itu adalah petanda yang badan mereka sedang lalui banyak perubahan. Masalah ini boleh menyebabkan wanita hamil rasa lebih tertekan dan tidak dapat menjalani hidup seperti biasa.

Oleh itu, beri ruang untuk mereka berehat atau melakukan perkara yang dapat meringankan kesakitan itu sangat membantu. Jadi kepada para suami dan masyarakat, penting sangat untuk tahu kenapa masalah ini boleh terjadi, supaya kita lebih faham apa yang mereka lalui.

Sedikit keprihatinan daripada kita boleh beri kesan besar pada emosi dan keselesaan mereka.

Wanita hamil kerap alami sakit pinggang, terutama bila kandungan makin besar. Sakit ni bukan dibuat-buat, tapi betul-betul menyakitkan dan ganggu rutin harian.

Jom Fahami Punca Sebenarnya!

1. Berat Badan Bertambah

berat badan yang bertambah punca sakit pinggangSeiring perkembangan bayi, berat badan wanita hamil meningkat. Beban ini memberikan tekanan pada tulang pinggang dan otot-otot sekelilingnya, menyebabkan kesakitan di kawasan tersebut.

2. Perut Makin Membesar

perut makin membesar punca sakit pinggangSemakin besar rahim, semakin membesar perut, menyebabkan postur badan wanita hamil berubah. Perubahan postur ini boleh menyebabkan peningkatan lengkungan di kawasan pinggang, seterusnya menimbulkan rasa sakit.

3. Hormon ‘Relaxin’ Punca Sakit Pinggang

hormon relaxin faktor ibu hamil sakit pinggangHormon relaxin ini dikeluarkan semasa hamil untuk longgarkan sendi dan ligamen, supaya badan bersedia untuk bersalin. Tapi, kesannya buat sendi jadi longgar dan kurang stabil. Jadi, secara langsung ia berikan tekanan pada bahagian pinggang.

4. Otot Perut Makin Lemah

Semasa kehamilan, otot perut berisiko menjadi lemah dan regang kerana mereka perlu berikan ruang kepada bayi yang sedang membesar. Ini mengurangkan sokongan untuk kawasan pinggang dan meningkatkan tekanan di bahagian tersebut.

5. Teknik Duduk Salah Penyebab Sakit Pinggang

Ibu mengandung lebih kerap duduk lama tanpa bangun telah berikan tekanan pada tulang belakang dan otot pinggang. Ditambah pula, postur mereka yang sentiasa membongkok semasa duduk telah menyebabkan otot belakang akan bekerja lebih keras untuk sokong perut yang semakin besar.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc/Sakit Belakang
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak