fbpx Skip to main content

Musim raya biasanya kita banyak bergerak. Kalau kasut yang dipakai tak sesuai atau terlalu keras, lama-lama tumit akan rasa sakit dan tak selesa.

Sebab tu penting pilih kasut yang bukan saja nampak cantik, tapi juga selesa dan ada sokongan yang baik untuk kaki, supaya kita boleh berjalan dan beraya dengan lebih selesa sepanjang hari.

Panduan Pilih Kasut Raya Yang Lebih Selesa

1. Pilih Tapak Cushion Yang Empuk Untuk Cegah Sakit Tumit

Pilih Tapak Yang Ada Cushion Untuk Elak Sakit TumitPilih kasut yang mempunyai tapak sedikit empuk (cushion) supaya tekanan pada kaki dapat diserap dengan lebih baik. Ini kerana bila banyak berjalan, bahagian tumit menerima tekanan paling besar. Jika tapak kasut terlalu keras atau terlalu nipis, tekanan tersebut akan terus kena pada tumit dan tapak kaki.

2. Elak Tumit Terlalu Tinggi

Elak Tumit Terlalu TinggiPilih tumit yang rendah dan stabil. Contohnya 2–5 cm sahaja. Tumit yang stabil (lebar dan kukuh) bantu kaki berdiri dengan selesa, kurang risiko tergelincir atau terseliuh. Bila tumit kasut terlalu tinggi, badan kita susah untuk kekalkan keseimbangan.

3. Pastikan Saiz Kasut Betul Untuk Elak Sakit Tumit

Pastikan Saiz Kasut Betul Untuk Elak Sakit TumitKasut yang sesuai mestilah cukup selesa, tak ketat dan tak longgar, supaya kaki dapat bergerak semula jadi, selamat dan tak cepat penat sepanjang beraya.

4. Jangan Pakai Kasut Terlalu Rata

Kasut flat atau nipis kadang nampak selesa dan cantik, tapi sebenarnya tak ada sokongan untuk lengkung kaki dan tumit. Kasut yang ada sokongan lengkung kaki yang betul boleh batu, kurangkan tekanan pada tumit dan tapak kaki.

5. Elak Tapak Terlalu Licin

Pilih kasut yang ada tapak corak (grooves/tekstur) dan cengkaman yang baik, supaya tapak kasut dapat “grip” dengan lebih baik, jadi kita boleh berjalan dengan selamat tanpa mudah tergelincir.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak