fbpx Skip to main content

Golongan berusia memang lebih berisiko diserang stroke, tapi zaman sekarang ramai orang muda pun dah mula kena stroke, termasuk yang baru masuk umur 30-an.

Apa yang menakutkan, ramai yang tak sedar mereka ada risiko. Keadaan ini berlaku bila salur darah ke otak tersumbat atau pecah, menyebabkan bekalan oksigen terganggu. Cegah dari awal, sebab bila dah berlaku, rawatannya bukan semudah sapu ubat atau makan pil.

Ramai orang kena stroke sebab tak ambil peduli. Stroke tak datang tiba-tiba, tapi berpunca dari gaya hidup harian.

Tak Nak Kena Stroke? Amalkan 5 Perkara Ni Sekarang!

1. Kawal Tekanan Darah

kawal tekanan darah dapat mencegah daripada terkena strokeTekanan darah tinggi boleh merosakkan salur darah di otak, menyebabkan ia menjadi sempit, tersumbat atau pecah. Dengan menjaga tekanan darah pada paras normal melalui pemakanan sihat, senaman dan ubat jika perlu, kita dapat lindungi salur darah dalam otak.

2. Jaga Gula Dalam Darah Dapat Mencegah Daripada Terkena Stroke

jaga gula dalam darah dapat elak daripada diserang strokeBila gula dalam darah tak terkawal, ia merosakkan salur darah halus dalam otak dan menyebabkan darah beku terbentuk. Jadi, ia boleh halang aliran darah ke otak lalu terjadinya stroke. Maka, kawal gula bukan saja untuk elak kencing manis, tapi untuk lindungi sistem saraf.

3. Berhenti Merokok Dapat Elak Daripada Terkena Stroke

berhenti merokok boleh cegah daripada terkena strokeBerhenti merokok boleh kurangkan risiko stroke sebab bila kita tak merokok, salur darah jadi lebih sihat, tekanan darah lebih stabil dan darah pun tak mudah beku. Rokok menyebabkan salur darah sempit dan mudah tersumbat.

4. Kawal Kolesterol Dalam Darah

Bila kolesterol dalam darah terlalu tinggi, ia boleh terkumpul pada dinding salur darah dan membentuk plak. Lama-lama plak ni boleh menghalang aliran darah ke otak atau menyebabkan salur darah pecah, dua-duanya boleh menyebabkan stroke.

5. Banyakkan Bergerak

Banyakkan bergerak setiap hari, seperti berjalan, bersenam ringan atau buat kerja rumah, boleh bantu lancarkan aliran darah dan kurangkan risiko pembentukan darah beku dalam otak. Bila badan aktif, tekanan darah pun lebih terkawal, kolesterol tak mudah naik dan berat badan lebih stabil.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak