fbpx Skip to main content

Anda sering sakit tapak kaki atau tumit? Pernah dengar mengenai masalah plantar Fascitis? Sakit tu mesti menghantui kan? Nak memijak tiap kali bangun pagi pun rasa sengal-sengal. Tapi…

Apakah ada cara atau senaman untuk menghilangkan sakit ini?


Kami kongsikan 5 senaman untuk mengatasi masalah Plantar Fascitis.

 

Jom amalkan 5 senaman ini !

Regangan Otot Betis (Duduk)

Caranya:

1. Bermula dengan duduk kaki berlunjur.

2. Menggunakan tuala. Lilit di bawah tapak kaki.

3. Dengan perlahan tarik jari kaki dan tapak kaki anda ke arah anda sehingga anda berasa regangan di belakang betis.

4. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.

5. Ulang senaman ini 5 hingga 10 kali dan tukar ke kaki sebelah pula.

Regangan Otot Betis (Berdiri)

Caranya:

1. Letakkan tangan anda di dinding di hadapan anda sambil meletakkan satu kaki di hadapan yang lain.

2. Pastikan kaki hadapan bengkok, kaki belakang lurus dan kedua-dua tumit di atas lantai.

3. Menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan dan rasa regangan sepanjang betis (kaki belakang).

4. Tahan regangan ini pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat.

5.Ulang 5 kali pada setiap kaki. Kembali ke kedudukan semula dan tukar ke kaki yang sebelah pula.

Regangan Tendon Achilles

Caranya:

1. Berdiri di atas tangga.

2. Secara perlahan-lahan turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis anda.

3. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat.

4. Ulang senaman ini 5 hingga 10 kali.

5. Kemudian, tukar ke kaki sebelah pula.

Roll” Bola Tenis 

Caranya:

1. Duduk tegak di kerusi dan kaki berpijak pada lantai.

2. Letakkan bola tenis atau bola kecil yang keras di bawah tapak kaki.

3. Secara perlahan-lahan, gerakkan bola tenis ke depan dan ke belakang.

4. Lakukan senaman ini selama 3 minit.

5. Kemudian, ulang pada kaki yang sebelah pula.

“Towel Pick Up”

Caranya:

1. Duduk tegak di kerusi dan kaki berpijak pada lantai.

2. Letakkan tuala kecil di bawah kaki anda.

3. Pegang tuala kecil di antara jari-jari kaki dan tarik ke arah anda.

4. Ulang senaman ini sebanyak 5 kali pada setiap kaki.

Nampak simple je kan, tapi InshaAllah boleh bantu merawat masalah Plantar Fascitis anda dengan berkesan.


Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply