fbpx Skip to main content

Pernahkah anda mengalami kaki terseliuh? Bagaimana ia berlaku? Seliuh kaki atau ‘ankle sprain’ ini merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan ligamen di sendi pergelangan kaki yang terkoyak atau tercedera.

Kecederaan ini kerap berlaku kepada atlet-atlet sukan yang melakukan lompatan dan tukar haluan seperti sepak takraw, bola keranjang, bola sepak dan ragbi. Walau bagaimanapun, factor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang agresif juga mengakibatkan kaki terseliuh.

Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:

1) Kaki di bahagian buku lali terasa sakit.

2) Terdengar bunyi ‘crack’

3) Bengkak

4) Kulit di sekitar lebam

Adakah kecederaan ini perlu membuat pembedahan? Pembedahan bukanlah satu pilihan bagi pesakit jika mengalami masalah ankle sprain, walaupun kadang kadang kelihatan amat parah tetapi ligamen ini secara semula jadi akan sembuh dengan sendirinya.

Rawatan Sesuai Untuk Seliuh Kaki

Rawatan yang betul boleh mencegah penyakit kronik dan ketidakstabilan. Bagi Fasa akut, matlamat adalah bertujuan untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan, melindungi daripada kecederaan lagi dan membantu berjalan ikut kemampuan tahan sakit yang ada. Ikut garis panduan P.R.I.C.E. :

  • Protect (Lindung)

Kurangkan atau lebih baik elakkan pergelangan kaki yang tercedera daripada melakukan aktiviti yang berat. Hal ini adalah untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah berat. Sekiranya anda atlet, anda perlu berhenti bermain  atau menjalani latihan.

  • Rest (Rehat)

Rehatkan kaki anda dengan tidak menangung berat. Hadkan galas berat badan. Sebarang pergerakan yang berterusan akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat dan ini memburukkan lagi kecederaan.

  • Ice (Ais)

Letakkan ais di bahagian yang sakit untuk mengawal atau mengurangkan bengkak. Jangan letakkan ais secara langsung ke atas tempat cedera dan melebihi daripada 20 minit pada satu masa kerana boleh mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang tercedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah tercedera dan memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

  • Compression (Pemampatan)

Balutan bandage boleh membantu mengawal bengkak serta mengurangkan pergerakkan yang menyakitkan dan menyokong kecederaan anda.

  • Elevation (Ketinggian)

Baring dan rehatkan kaki anda pada paras yang lebih tinggi daripada jantung anda. Kaki boleh diletakkan atas bantal. Meninggikan bahagian yang cedera lebih tinggi daripada paras jantung untuk memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera.

Pencegahan Seliuh Kaki

Cara terbaik untuk mengelakkan terseliuh buku lali adalah dengan mengekalkan kekuatan, keseimbangan dan fleksibiliti otot yang baik.

  • Amalkan pemanasan badan sebelum melakukan senaman dan aktiviti lasak
  • Beri perhatian kepada tempat/permukaan anda berjalan, berlari atau bekerja.
  • Pakai kasut yang baik
  • Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran badan apabila anda merasa sakit atau keletihan.

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply