fbpx Skip to main content

Erb’s palsy atau Erb-Duchenne palsy merupakan kelumpuhan pada tangan akibat kecederaan saraf C5-C6.

Kecederaan semasa proses kelahiran merupakan punca utama traumatic peripheral neuropraxias / nerve palsiesKeberangkalian kejadian Erb’s palsy adalah lebih kurang 0.35 ke 5 kes dalam 1000 kelahiran bayi.

FAKTOR RISIKO

Faktor risiko Erb’s palsy termasuk:

1) Bayi bersaiz besar

2) shoulder dystocia

3) Berlaku masalah semasa proses kelahiran atau proses kelahiran yang berpanjangan

4) Instrumental vaginal delivery

5) Cephalic presentation

6) Trauma pada bahagian leher dan bahu menyebabkan saraf teregang

7) Kecederaan seperti akibat tarikan kuat pada tangan atau semasa proses percubaan untuk membetulkan bahu yang terkehel. Kepatahan pada tulang selangka juga boleh menyebabkan Erb’s palsy. Kelumpuhan pada tangan bergantung kepada tahap kecederaan pada saraf  yang terlibat.

TANDA-TANDA KLINIKAL

Erb’s plasy akan menyebabkan:

  1. Tangan bayi tergantung longlai dengan bahu dan lengan tangan berpusing ke arah dalam, tapak tangan menghala ke belakang serta jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan bengkok.
  2. Kemerosotan fungsi otot hingga menyebabkan lumpuh.
  3. Kanak-kanak tidak berupaya untuk mengangkat tangan melepasi paras bahu.
  4. Hilang deria rasa terutamanya di bahagian luar lengan atas.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Hubungi Kami Sekarang!

Leave a Reply