fbpx Skip to main content

Anda pernah mengalami Belakang Sakit Dan Kebas? Anda wajib tahu!

Setiap individu memiliki bentuk tapak kaki berbeza. Ada yang memiliki jenis tapak kaki melengkung, sederhana rata, rata sepenuhnya atau bengkok ke dalam.

Kebiasaan manusia mempunyai lengkuk di bawah tapak kaki apabila mereka berdiri. Lengkuk di bahagian sisi dalam kaki lebih melengkung. Bagi mereka yang mempunyai lengkuk yang rata akan terlebih berpijak pada sisi dalam kaki semasa berdiri atau berjalan, yang dikenali sebagai overpronation. Kaki boleh terarah ke luar.

Biasanya, tendon di kaki akan terkumpul bagi mengekalkan lengkuk apabila berdiri membolehkan pengagihan berat badan yang sekata. Tetapi bagi mereka dengan kaki rata, tendon tidak tertarik menyebabkan sedikit atau tiada lengkuk dan berat badan juga akan dipindahkan ke sisi dalam kaki.

Individu dengan tapak kaki rata samada satu atau kedua-dua kaki boleh menjadi rata di atas tanah, dan kasut yang dipakai tidak sekata, terutamanya di sebelah kaki. Malah ini adalah punca utama yang akan berlaku Belakang Sakit Dan Kebas kepada mereka di luar sana.

Punca-punca Flat Foot

Punca Flat Foot termasuk:

  • kecenderungan untuk mewarisi Flat Foot
  • masalah dengan proses tumbesaran tulang kaki sebelum kelahiran
  • tisu longgar dari keadaan normal seperti sindrom sendi yang hipermobiliti
  • masalah saraf atau otot seperti palsi serebral
  • kerosakan atau kecederaan kepada tisu konektif yang disebabkan oleh penuaan, penggunaan berlebihan, kecederaan, obesiti, artritis reumatoid atau memakai kasut yang tidak menyokong kaki sebaiknya.

Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko termasuk:

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Penuaan
  • Kehamilan

Tanda-tanda dan gejala-gejala Flat Foot

  • Sakit kaki dan buku lali, lutut, pinggul atau sakit belakang
  • Kaki menunjuk ke arah luar (overpronation) yang membawa kepada kecederaan dan kasut akan haus lebih awal daripada yang dijangkakan
  • Belakang Sakit Dan Kebas di usia muda
  • Kaki menjadi lemah, kebas atau kaku.

Komplikasi Flat Foot 

Contoh termasuk:

  • Tendinitis Achilles
  • Arthritis di kaki, pergelangan kaki atau buku lali
  • Bunions
  • Hammertoes
  • Fasciitis Plantar, di mana kesakitan dan keradangan berlaku di ligamen di tapak kaki
  • Posterior tibial tendinitis
  • Shin splint

Terdapat pelbagai jenis tapak kaki iaitu melengkung, sederhana rata, rata sepenuhnya atau bengkok ke dalam.

Mencegah flat foot

Flat foot bukannya selalu boleh dicegah, tetapi sentiasa dalam kesihatan yang baik dan keupayan untuk memilih kasut yang sesuai untuk dipakai boleh membantu untuk menggelak masalah ini dari berlaku.

Rawatan Fisioterapi ke atas Flat Foot 

  1. Fisioterapi boleh membantu untuk:
  • Mengembalikan pergerakan / mobiliti pada kaki yang terlibat
  • Menguatkan otot-otot sekeliling
  • Mengembalikan pengawalan pada kaki dan juga pergelangan kaki

Rawatan dimulakan dengan rawatan mengurangkan sakit dengan menggunakan pack ice yang dibalut dalam tuala lembab dan diletakkan diatas kaki selama 10-15 minit. Rawatan ini boleh mengurangkan Belakang Sakit Dan Kebas yang pasti akan mengganggu kehidupan seharian anda.

 

Leave a Reply