fbpx Skip to main content

Musim Raya Haji ni, memang banyak daging korban lembu yang sedap sampai tak ingat dunia! Oleh itu kita perlu pastikan badan kita kekal sihat.

Kalau tak jaga, mudah rasa letih, sakit perut atau berat badan naik. Jom kawal sikit pengambilan daging supaya badan kekal sihat lepas musim perayaan ini!

Ikut 5 Tips Ini Untuk Kekal Sihat Lepas Musim Raya Ni!

1. Kurangkan Daging Selepas Raya untuk Kekal Sihat

kurangkan pengambilan daging supaya kekal sihatBila kita makan daging secara sederhana, sistem penghadaman dapat ‘rehat’ tanpa terbeban. Kalau makan banyak, perut boleh rasa kembung atau mudah sembelit sebab daging perlukan masa lebih lama untuk diuraikan.

2. Masak Daging Dengan Sempurna

masak daging dengan sempurna supaya kekal sihatPenting untuk pastikan daging korban yang biasanya disimpan dalam peti sejuk atau dibekukan, dimasak betul-betul hingga masak sepenuhnya sebelum dimakan, terutamanya jika ia dimasak semula selepas disimpan.

3. Seimbangkan Dengan Sayur & Buah Untuk Kekal Sihat

Sayur-sayuran hijau dan buah-buahan kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, melembutkan najis dan mencegah sembelit. Jadi, penting untuk seimbangkan makanan raya dengan hidangan sayur dan buah agar badan kekal sihat dan perut pun tak meragam!

4. Minum Air Secukupnya

Walaupun musim raya dah habis, keperluan asas minum air yang banyak jang abaikan. Air kosong bantu kekalkan suhu badan, lancarkan sistem penghadaman dan elakkan masalah kesihatan yang timbul akibat kekurangan air dalam badan.

5. Aktifkan Badan supaya Kekal Sihat

Selepas musim raya, badan kita cenderung jadi lebih lesu sebab banyak makan makanan berat dan manis, serta kurang bergerak. Aktiviti ringan seperti berjalan, boleh bantu bakar lebihan kalori dan tingkatkan tenaga.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak