Skip to main content

Umur baru 25, tapi rasa sakit pinggang macam umur 50-an? Anda tak keseorangan!

Ramai anak muda ingat sakit pinggang ni benda biasa, tapi sebenarnya ini isyarat badan kita perlukan rawatan dan perhatian. Kalau tak dirawat dari sekarang, boleh bagi kesan lagi teruk di usia tua nanti.

Tips Penjagaan & Kesihatan Pinggang

1. Jangan Duduk Terlalu Lama Untuk Elak Sakit Pinggang

Jangan Duduk Terlalu Lama Jika Sakit PinggangDuduk terlalu lama boleh buat simptom lebih mudah muncul kerana badan berada dalam posisi yang sama terlalu lama. Cuba bangun setiap 30–60 minit.

2. Selalu Tukar Posisi Badan

Selalu Tukar Posisi Badan Jika Pinggang SakitBila terlalu lama duduk atau kekal dalam satu posisi, otot pinggang boleh jadi tegang dan sendi terasa kaku. Regangan ringan membantu badan lebih aktif bergerak, mengurangkan ketegangan otot dan boleh membantu melegakan rasa sakit.

3. Kuatkan Otot Perut Dan Pinggang

Kuatkan Otot Perut Dan Pinggang Jika Pinggang Terasa SakitBila otot sokongan lemah, bahagian pinggang terpaksa bekerja lebih kuat setiap kali duduk lama, membongkok atau mengangkat barang. Sebab itu, menguatkan otot core penting untuk membantu kurangkan beban pada pinggang.

4. Jangan Baring Sepanjang Hari Jika Pinggang Sakit

Walaupun dalam keadaan tidak sihat, badan tetap perlu bergerak kerana terlalu lama baring boleh buat otot belakang makin lemah. Pergerakan ringan seperti berjalan membantu melancarkan aliran darah dan mengekalkan kekuatan otot yang menyokong pinggang.

5. Jangan Abaikan Sakit Luar Biasa Apabila Pinggang Sakit

Bukan semua sakit pinggang itu bahaya, tapi bila muncul tanda-tanda seperti rasa sakit yang menjalar ke kaki, kaki rasa kebas dan mula lemah, sebaiknya dapatkan rawatan dengan segera untuk elak saraf semakin tertekan dan rosak.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak