Skip to main content

Nak kekal aktif sampai tua bukan tunggu bila badan dah mula sakit baru nak jaga.

Apa yang kita buat setiap hari sebenarnya banyak mempengaruhi kekuatan dan pergerakan badan bila usia meningkat.

Jom Mula Amalkan 5 Perkara Mudah Ini Dari Sekarang

1. Gerakkan Buku Lali Sebelum Bangun Dari Katil

Gerakkan Buku Lali Sebelum Bangun Dari KatilPergerakan ankle pump ini membantu mengaktifkan otot betis, menggerakkan sendi buku lali dan membantu aliran darah pada kaki selepas lama berbaring. Ia juga boleh membantu kaki rasa lebih bersedia untuk berdiri serta berjalan, terutama bagi warga emas.

2. Berjalan Setiap Hari Untuk Kekal Aktif

Berjalan Setiap HariTak perlu terus berjalan jauh dan laju. Berjalan sekitar 10–20 minit sehari pun dah boleh bantu badan kekal bergerak dan aktif. Bila kita berjalan secara konsisten, otot kaki terus digunakan, sendi kekal bergerak dan stamina badan pun lebih terjaga.

3. Jaga Keseimbangan Badan Untuk Kekal Aktif

Jaga Keseimbangan Badan Untuk Kekal AktifNak kekal bertenaga sampai tua, bukan sekadar kena jaga kekuatan otot, keseimbangan badan pun penting. Bila umur semakin meningkat, keseimbangan badan boleh mula berkurang. Sebab itu ada warga emas yang jadi kurang yakin untuk berjalan, mudah terhuyung-hayang atau takut nak bergerak sendiri.

4. Aktifkan Diri Dengan Senaman Ringan

Aktifkan Diri Dengan Senaman Ringan Untuk Kekal AktifSenaman ringan seperti bangun dan duduk dari kerusi, angkat lutut ketika duduk atau berjalan perlahan pun sudah membantu badan kekal aktif. Senaman ini boleh membantu mengekalkan kekuatan otot, keseimbangan badan dan juga mengurangkan risiko terjatuh apabila usia semakin meningkat.

5. Jaga Postur Ketika Duduk Dan Berjalan Untuk Kekal Aktif

Jaga Postur Ketika Duduk Dan Berjalan Untuk Kekal AktifSemasa duduk atau berjalan, cuba pastikan belakang lebih tegak, bahu dalam keadaan relaks dan elakkan badan terlalu membongkok sebab postur yang baik membantu mengurangkan tekanan berlebihan pada otot dan sendi, terutama di bahagian leher, bahu dan pinggang. Bila badan lebih selesa bergerak, kita pun lebih mudah untuk kekal aktif dalam jangka masa yang panjang.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak