Postur badan yang salah biasanya berlaku bila kedudukan badan kita tak betul, terutamanya masa bekerja, duduk lama atau main telefon. Masalah ini bukan sahaja boleh dilihat melalui fizikal, contohnya kepala akan sedikit kedepan dan belakang badan akan membongkok.
Tapi jika dibiarkan bertahun-tahun atau berbulan-bulan, ia boleh memberi kesan juga kepada kesihatan badan yang lain pada masa akan datang.
Antara Masalah Lain Yang Datang Disebabkan Postur Badan Yang Salah:
1. Sakit Leher Akibat Daripada Postur Badan

Bila kepala terlalu ke depan, otot leher terpaksa bekerja lebih kuat untuk tampung berat kepala. Secara automatik, sendi leher jadi tertekan & sakit.
2. Sakit Belakang Dan Pinggang
Bila kita selalu duduk atau berdiri senget atau membongkok, tulang belakang kita akan kerja lebih kuat. Sepatutnya berat badan dibahagi sama rata. Tapi bila postur salah, ada bahagian belakang yang kena tanggung beban yang lebih.
3. Bahu Cepat Tegang Berpunca Dari Postur Badan
Bila badan membongkok, otot bahu dan tengkuk terpaksa bekerja lebih kuat untuk tahan kedudukan kepala dan badan. Sebab tu walaupun tak angkat barang berat, bahu tetap boleh rasa lenguh tiba-tiba.
4. Mudah Hilang Keseimbangan

Bila postur badan tak betul, pusat keseimbangan badan boleh terganggu. Sebab tu badan mudah bergoyang, jalan tak stabil dan risiko jatuh jadi lebih tinggi.
5. Sakit Kepala Disebabkan Postur Badan

Bila leher dan bahu terlalu tegang, otot akan tarik kawasan kepala. Sebab tu rasa sakit boleh merebak naik sampai ke kepala dan menyebabkan tension headache.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak




