Skip to main content

Kesilapan menjaga pesakit strok di rumah kadang-kadang berlaku tanpa kita sedar. Menjaga pesakit strok bukan sekadar membantu mereka makan, mandi dan bergerak.

Ada perkara yang kita buat dengan niat nak membantu, tetapi sebenarnya boleh mengganggu proses pemulihan mereka.

5 Kesilapan Yang Selalu Dibuat Ketika Menjaga Pesakit Strok di Rumah

1. Biarkan Pesakit Terlalu Lama Berbaring Ialah Kesilapan Menjaga Pesakit Strok

Biarkan Pesakit Terlalu Lama Berbaring Ialah Kesilapan Menjaga Pesakit StrokBerehat memang penting selepas stroke, tetapi berehat tidak bermaksud perlu berbaring sepanjang hari. Jika pesakit jarang digerakkan, mereka mungkin kehilangan lebih banyak keupayaan fizikal dan semakin bergantung kepada penjaga.

2. Tarik Tangan Pesakit Ketika Nak Bangunkan Mereka

Jangan tarik tangan, pergelangan tangan atau lengan yang lemah, tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan pada bahu pesakit. Dapatkan tunjuk ajar fisioterapis tentang teknik mengangkat dan memindahkan pesakit mengikut tahap kemampuan mereka.

3. Terlalu Banyak Membantu Pesakit Merupakan Kesilapan Menjaga Pesakit Strok

Terlalu Banyak Membantu Pesakit Merupakan Kesilapan Menjaga Pesakit StrokMenjaga pesakit strok bukan bermaksud kita perlu melakukan segala-galanya untuk mereka. Bantu pesakit pada perkara yang mereka belum mampu lakukan, tetapi beri peluang untuk mereka melakukan sendiri perkara yang masih mampu dibuat dengan selamat. Contohnya, jika pesakit boleh memakai baju dengan sedikit bantuan, bantu pada bahagian yang sukar sahaja.

4. Berhenti Fisioterapi Bila Pesakit Dah Boleh Berjalan

Boleh berjalan tidak bermaksud fungsi badan sudah pulih sepenuhnya, sebab kekuatan otot masih belum pulih sepenuhnya. Pesakit mungkin boleh berjalan, tetapi otot kaki dan pinggul masih lemah.

5. Tidak Konsisten Buat Senaman di Rumah Antara Kesilapan Menjaga Pesakit Strok

Tidak Konsisten Buat Senaman di Rumah Antara Kesilapan Menjaga Pesakit StrokJangan harapkan sesi fisioterapi sahaja. Senaman yang diajar tu kena terus buat di rumah supaya pesakit boleh terus tingkatkan pergerakan dan kekuatan otot. Penjaga pun kena main peranan untuk bantu dan bagi semangat pada pesakit. Pastikan senaman dibuat ikut kemampuan dan panduan fisioterapis.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak