fbpx Skip to main content

Pelik kan, ketegangan otot boleh berlaku sendiri walaupun kita sedang berehat, sampai ganggu waktu tidur.

Rasa tegang otot ni lebih ketara sebab otot yang letih atau tegang sepanjang hari lebih mudah “trigger” untuk mengecut pada waktu malam.

Jangan Terkejut! Ini 5 Sebab Ketegangan Otot Muncul Waktu Malam

1. Otot Terlalu Letih / Overused

Otot Terlalu Letih / Overused penyebab kekejangan ototPada siang hari, otot terpaksa kerja keras menampung aktiviti berat dan menyebabkan otot keletihan secara tak sedar. Ditambah pula tak sempat buat regangan sebelum tidur, otot mudah tegang secara mengejut waktu malam.

2. Badan Kurang Air (Dehidrasi) Punca Ketegangan Otot

Otot perlukan air untuk berfungsi dengan baik. Kalau badan kurang air, otot jadi lebih sensitif, terutamanya waktu malam. Bila suhu badan turun waktu tidur, air dalam badan bantu lancarkan peredaran darah ke otot supaya tak mudah kejang dan tegang.

3. Kekurangan Mineral (Elektrolit) Penyebab Ketegangan Otot

Mineral dalam badan bertindak sebagai penghubung antara saraf dan otot untuk bantu otot relaks dengan betul. Jadi, pastikan cukup minum air dan ambil makanan kaya mineral setiap hari, terutamanya kalau selalu bersukan atau bekerja berat.

4. Posisi Tidur Tak Sesuai

Posisi Tidur Tak Sesuai punca kekejangan ototJika tidur dalam keadaan tidak ergonomik, ia boleh menyekat aliran darah dan oksigen ke otot . Jadi, otot akan lebih sensitif dan cramp pada malam hari.

5. Kesan Sampingan Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh buat badan kurang mineral penting seperti kalsium, magnesium atau potassium. Kalau mineral ni kurang, otot mudah tegang waktu malam. Kalau kerap berlaku lepas ambil ubat, rujuk doktor untuk semak keadaan badan dan ubat yang diambil.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak