Musim Raya Haji biasanya penuh dengan aktiviti seperti perjalanan balik kampung, aktiviti korban dan kenduri. Semua ini nampak biasa, tapi sebenarnya boleh buat badan jadi lenguh, sakit pinggang, dan cepat penat kalau tak jaga cara pergerakan.
Kalau badan dah mula bagi tanda seperti di atas, itu sebenarnya signal awal yang kita dah terlebih guna otot tanpa cukup rehat. Bila dibiarkan, ia boleh jadi sakit yang lebih berpanjangan, bukan sekadar sakit biasa masa musim raya sahaja.
5 Cara Mudah Untuk Elakkan Sakit Badan Sepanjang Musim Raya Haji
1. Rehat Setiap 1–2 Jam Masa Perjalanan Jauh
Jika duduk dalam tempoh yang sangat lama, bukan setakat kaki akan rasa kebas tapi satu anggota badan boleh rasa tak selesa dan sakit. Lebih baik rehat sekejap untuk kurangkan risiko sakit lepas tiba di kampung.
2. Guna Support Pinggang Masa Duduk Lama
Bila dah terlalu khusyuk potong daging, secara tak sedar badan kita mula membongkok ke depan. Bukan setakat pinggang akan sakit, tekanan dekat disc tulang belakang pun makin tinggi. Lagi-lagi jika nada memang dah ada sejarah sakit pinggang atau slip disc. Jika duduk atas bangku rendah atau lantai, cuba sandar sikit dan elak duduk bongkok terlalu lama.
3. Teknik Angkat Daging Korban Yang Betul Untuk Cegah Sakit Badan
Bila angkat barang berat dengan keadaan jauh daripada badan, otot belakang dengan pinggang tengah tanggung beban yang banyak. Dan jika nak ambil barang dari bawah lantai, pastikan bengkokkan lutut dulu dan bukannya pinggang.
4. Elak Duduk Membongkok Lama Supaya Badan Tak Sakit
Semasa aktiviti pemotongan daging, memang bonda biasa yang akan kita buat. Kadang-kadang dari pagi sampai ke petang. Tapi, jika duduk dalam keadaan static terlalu lama, pinggang dan leher boleh terasa sakit. Kerapkanbangun sekejap setiap 20-30 minit.
5. Minum Air Putih Secukupya
Bila terlalu banyak aktiviti fizikal biasanya badan akan cepat hilang air. Jadi lebihkan minum air putih untuk elakkan otot cepat tegang dan badan cepat letih. Sebaiknya minum secara kerap.
================================================================================
Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
- Stroke/Angin Ahmar
- Slip Disc
- Sakit Lutut/Tumit Kaki
- Sakit Bahu/Tangan
- Kecederaan Sukan
- Rawatan Kanak-kanak




