Skip to main content

Sakit leher dan pinggang setiap kali bangun tidur? Tak rasa pelik ke, dah tidur 6 hingga 8 jam, tapi badan masih rasa sakit, lenguh dan letih?

Sebenarnya, masalah ini bukan semata-mata disebabkan “salah urat”. Cara tidur yang salah sepanjang malam juga boleh menyebabkan leher dan pinggang menerima tekanan terlalu lama.

Jom kita semak sama-sama, cara tidur anda selama ini sebenarnya betul atau salah.

Antara Penyebab Sakit Leher Dan Pinggang Semasa Tidur Ialah;

1. Guna Bantal Terlalu Tinggi Faktor Sakit Leher Dan Pinggang

guna bantal terlalu tinggi semasa tidur penyebab sakit leher dan pinggangApabila bantal terlalu tinggi, kepala akan terangkat dan menyebabkan leher bengkok daripada posisi asal. Jika posisi ini berlarutan sepanjang malam, otot dan sendi leher boleh jadi tegang. Bantal sepatutnya memastikan kepala dan leher selari dengan dada serta tulang belakang.

2. Tidur Meniarap Terlalu Lama Punca Sakit Leher Dan Pinggang

tidur meniarap terlalu lama penyebab sakit leher dan pinggangBila tidur meniarap, kepala terpaksa dipusing ke kiri atau kanan untuk bernafas. Jika terlalu lama, otot leher boleh jadi tegang. Pada masa sama, pinggang cenderung lebih melengkung. Sebab itu bangun tidur boleh rasa lenguh atau sakit pada bahagian tersebut.

3. Tilam Terlalu Lembik Penyebab Sakit Leher Dan Pinggang

tilam terlalu empuk penyebab sakit leher dan pinggangBila tilam terlalu lembik, bahagian badan yang lebih berat seperti pinggul dan bahu akan tenggelam. Jadi, tulang belakang tidak akan berada dalam keadaan yang lurus. Dan keadaan ini berlaku selama 6 hingga 8 jam. Jadi, otot belakang terpaksa bekerja untuk menstabilkan badan.

4. Tidur Mengiring Tapi Badan Berpusing

Tidur mengiring sebenarnya tidak salah. Masalahnya berlaku apabila bahu menghadap ke satu arah, tetapi pinggang dan kaki pula berpusing ke arah lain. Akhirnya, bahagian atas badan berada dalam keadaan terpulas sepanjang malam, seolah-olah kita memulas kain.

5. Tak Sokong Lutut Atau Pinggang Dengan Betul

Apabila tidur dalam keadaan mengiring, sesetengah orang akan mengalami lengkungan pinggang yang lebih ketara. Jadi, letakkan bantal kecil di bawah lutut dan bahagian belakang pinggang untuk bantu mengurangkan lengkungan berlebihan.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak