Skip to main content

Diabetes atau kencing manis, bukan sekadar ada masalah gula yang tinggi dalam darah, jika tak dikawal, ia boleh merosakkan saraf, otot, sendi dan salur darah.

Menurut sumber perubatan seperti National Institutes of Health (NIH) dan jurnal Diabetes Care (2025), memang terdapat bukti saintifik bahawa diabetes boleh menyebabkan komplikasi pada anggota fizikal.

5 Kesan Diabetes yang Ramai Tak Tahu

1. Kaki Sering Rasa Kebas Dan Mencucuk

Kaki Sering Rasa Kebas Dan MencucukParas gula dalam darah yang tinggi secara berpanjangan boleh merosakkan salur darah kecil yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada saraf, serta merosakkan saraf itu sendiri. Apabila saraf terganggu, isyarat antara kaki dan otak tidak dapat dihantar dengan baik, menyebabkan kaki rasa kebas, mencucuk-cucuk atau seperti terbakar.

2. Bahu Menjadi Sakit Dan Semakin Kaku Berpunca Daripada Diabetes

Bahu Menjadi Sakit Dan Semakin Kaku Berpunca Daripada DiabetesDiabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan kolagen pada tisu sekitar sendi bahu menjadi lebih keras dan kurang anjal, serta meningkatkan risiko keradangan dan penebalan kapsul sendi. Akibatnya, bahu menjadi semakin sakit dan kaku sehingga pesakit sukar mengangkat tangan, menyikat rambut atau memakai baju, keadaan yang dikenali sebagai frozen shoulder.

3. Otot Kaki Menjadi Lemah Disebabkan Diabetes

Otot Kaki Menjadi Lemah Disebabkan DiabetesApabila saraf motor terjejas akibat diabetes, penghantaran isyarat daripada otak dan saraf tunjang ke otot kaki boleh terganggu. Kesannya, kekuatan otot kaki semakin berkurang sehingga pesakit sukar untuk bangun daripada duduk, berdiri lama atau menaiki tangga.

4. Jari Tangan Menjadi Kaku Dan Susah Diluruskan

Pesakit diabetes berisiko mengalami perubahan pada kolagen di bahagian tendon dan tisu sekitar jari, menyebabkan tisu menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Keadaan ini boleh mengganggu pergerakan jari dan meningkatkan risiko trigger finger, iaitu jari terasa tersangkut atau terkunci ketika dibengkokkan atau diluruskan.

5. Keseimbangan Badan Semakin Berkurang Kesan Daripada Diabetes

Diabetes boleh menjejaskan fungsi saraf pada kaki sehingga pesakit kurang dapat merasai kedudukan dan pergerakan kaki dengan baik. Keadaan ini menyebabkan keseimbangan badan terganggu, terutama ketika berjalan di permukaan tidak rata, sekali gus meningkatkan risiko terjatuh.

================================================================================

Flex Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Flex Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  • Stroke/Angin Ahmar
  • Slip Disc
  • Sakit Lutut/Tumit Kaki
  • Sakit Bahu/Tangan
  • Kecederaan Sukan
  • Rawatan Kanak-kanak